Wednesday, January 18, 2012

Free blink2 & Isu Art Theft

 

  ↑  ↑  ↑  ↑  ↑  

Atas ni merupakan simple icon yang orang suruh aku buat. Sila jangan guna dekat mana- mana sebab orang yang suruh buat ni bayar untuk benda ni... Isu sensitif kot ambil hak orang lain lagi- lagi kalau orang tu bukan orang Malaysia. Dulu bukan pernah kecoh ke pasal art theft dekat blog- blog yang majoriti milik orang Malaysia? Well, kalau kita orang Malaysia sendiri pun tak sukakan orang ambil barang kita tanpa kebenaran?
Anyway, yang 2 bawah ni free of charge. Boleh guna dekat mana- mana kalau nak. :D
 ↓  ↓  ↓  ↓  


Kalau tak tahu, art theft ni memang isu serius. Mungkin ada yang pandang remeh. Letak gambar yang kite jumpa di internet, edit2, lepas tu kite tak kredit langsung pemilik asal lukisan yang kite edit. Lebih teruk, bila korang kata itu hasil kerja korang sendiri. Kalau korang join site seperti deviantArt, lepas tu korang guna art orang lain tanpa kebenaran, korang edit dan post, lepas tu dengan selamba mengaku itu kerja korang sendiri, mesti, komfem punya korang akan dikecam habis- habisan oleh segelintir masyarakat yang rasa diri dorang cukup arif dengan seni. Sikit- sikit nak report dekat admin. Tak sampai seminggu, korang boleh kena banned dari situ. Seriously.

Isu ni bukan saje terjadi pada hasil seni macam lukisan. Fotografi, lebih- lebih lagi yang ditangkap oleh pihak yang professional, biasanya ada tertulis 'copyrighted by' or something like that. Selagi korang tak dapat permission untuk guna gambar tu untuk apa- apa tujuan, lebih- lebih lagi untuk peroleh wang/ keuntungan, korang boleh di saman. Ye. SAMAN.

Ada seorang lecturer aku dekat sini sangat menitikberatkan isu kredit2 gambar dan sebagainya ni, sedangkan ramai lecturer buat tak tahu pun... Main taruh je dekat slide, blog, etc.. Lecturer aku ni beritahu, cuba korang bayangkan, korang yang ambil 1 gambar tu, cantik sangat34543. Korang post di internet/paste gambar tu dekat journal yang korang sendiri penat2 tulis. Tiba2 ada orang lain ambil gambar tu, edit sikit2, post semula di internet. Tak kredit korang pun... Lagi teruk bila ada orang ambil ayat dari journal korang, tapi buat ayat tu macam ayat dorang sendiri. Tak sebut langsung nama korang. Korang marah tak? Mestilah kan? Lagi marah kalau orang tu guna gambar tu untuk dapatkan pendapatan sedangkan korang tangkap bagi tatapan percuma, contohnya, printing mug, baju, etc3. (Yes, I have seen this last time I went to Comic Fiesta at KLCC. Ada orang jual barang bukan dari hasil kerja diorang and I was like, WTF)

Tu pasal isu ni tak boleh buat main2 sebenarnya. Lagi2 kalau kerja tu, kerja orang otai dalam bidang2 tersebut. If korang tak tertangkap, takpe. Tapi menghormati kerja orang itu penting. Kalau korang tak tahu nama sebenar pemilik gambar/artikel/apa- apa yang korang post/kongsi bersama, at least, sertakan/lampirkan sekali website/link dari mana korang ambil gambar tu pun sudah memadai.

OK. Sekian sahaja bebelan kali ini. Terlebih panjang pulak. :3

No comments:

Post a Comment