Wednesday, January 18, 2012

Free blink2 & Isu Art Theft

 

  ↑  ↑  ↑  ↑  ↑  

Atas ni merupakan simple icon yang orang suruh aku buat. Sila jangan guna dekat mana- mana sebab orang yang suruh buat ni bayar untuk benda ni... Isu sensitif kot ambil hak orang lain lagi- lagi kalau orang tu bukan orang Malaysia. Dulu bukan pernah kecoh ke pasal art theft dekat blog- blog yang majoriti milik orang Malaysia? Well, kalau kita orang Malaysia sendiri pun tak sukakan orang ambil barang kita tanpa kebenaran?
Anyway, yang 2 bawah ni free of charge. Boleh guna dekat mana- mana kalau nak. :D
 ↓  ↓  ↓  ↓  


Kalau tak tahu, art theft ni memang isu serius. Mungkin ada yang pandang remeh. Letak gambar yang kite jumpa di internet, edit2, lepas tu kite tak kredit langsung pemilik asal lukisan yang kite edit. Lebih teruk, bila korang kata itu hasil kerja korang sendiri. Kalau korang join site seperti deviantArt, lepas tu korang guna art orang lain tanpa kebenaran, korang edit dan post, lepas tu dengan selamba mengaku itu kerja korang sendiri, mesti, komfem punya korang akan dikecam habis- habisan oleh segelintir masyarakat yang rasa diri dorang cukup arif dengan seni. Sikit- sikit nak report dekat admin. Tak sampai seminggu, korang boleh kena banned dari situ. Seriously.

Isu ni bukan saje terjadi pada hasil seni macam lukisan. Fotografi, lebih- lebih lagi yang ditangkap oleh pihak yang professional, biasanya ada tertulis 'copyrighted by' or something like that. Selagi korang tak dapat permission untuk guna gambar tu untuk apa- apa tujuan, lebih- lebih lagi untuk peroleh wang/ keuntungan, korang boleh di saman. Ye. SAMAN.

Ada seorang lecturer aku dekat sini sangat menitikberatkan isu kredit2 gambar dan sebagainya ni, sedangkan ramai lecturer buat tak tahu pun... Main taruh je dekat slide, blog, etc.. Lecturer aku ni beritahu, cuba korang bayangkan, korang yang ambil 1 gambar tu, cantik sangat34543. Korang post di internet/paste gambar tu dekat journal yang korang sendiri penat2 tulis. Tiba2 ada orang lain ambil gambar tu, edit sikit2, post semula di internet. Tak kredit korang pun... Lagi teruk bila ada orang ambil ayat dari journal korang, tapi buat ayat tu macam ayat dorang sendiri. Tak sebut langsung nama korang. Korang marah tak? Mestilah kan? Lagi marah kalau orang tu guna gambar tu untuk dapatkan pendapatan sedangkan korang tangkap bagi tatapan percuma, contohnya, printing mug, baju, etc3. (Yes, I have seen this last time I went to Comic Fiesta at KLCC. Ada orang jual barang bukan dari hasil kerja diorang and I was like, WTF)

Tu pasal isu ni tak boleh buat main2 sebenarnya. Lagi2 kalau kerja tu, kerja orang otai dalam bidang2 tersebut. If korang tak tertangkap, takpe. Tapi menghormati kerja orang itu penting. Kalau korang tak tahu nama sebenar pemilik gambar/artikel/apa- apa yang korang post/kongsi bersama, at least, sertakan/lampirkan sekali website/link dari mana korang ambil gambar tu pun sudah memadai.

OK. Sekian sahaja bebelan kali ini. Terlebih panjang pulak. :3

Tuesday, January 17, 2012

MY family

Ini adalah 3 orang adik kesayangan aku:

9 tahun. Suka berfesyen dan bergaya. Memang kalah Nora Danish. XD

13 tahun. Suka layan K-Pop dan J-Pop. Rabu ni nak hantar dia pergi MRSM. :D

20 tahun. Suka make-up dan pakai contact lens. Tu pasal mata dia besar. :D


Sebenarnya Aku ada lagi sorang adik, lelaki. Bukan aku tak sayang adik aku yang tuu... Tapi aku fail sikit bile lukis laki ni. Lukis versi orang lidi pun mesti rambut cacak- cacak. So nanti- nantilah aku post adik laki aku, sekali dengan mama dan abah aku, versi chibi. :3







Monday, January 16, 2012

Malaysia dan Indonesia

Ni aku lukis khas untuk seorang kawan aku dari Indonesia.

Malaysia dan Indonesia. Aku pun tak faham ape masalah nak gaduh besar2... Kalau tengok dekat komen2 di YouTube, masing2 tak nak beralah. Indo kata kita ciplak diorang punya budaya lah, itulah, inilah. Orang Malaysia pulak pantang digertak, terus nak naik angin. Memang, sakit hati bila pihak lain tuduh bukan2. Tapi patut ke memaki hamun balik?

Saturday, January 14, 2012

Happy Birthday Rukia

Aku memang die-hard fan Rukia Kuchiki (and of course, Ai Haibara from Conan). Memang gila. Frankly speaking, I might turn lesbian just for her. Haha. JK. JK. But it shows how much I adore her! Memandangkan 14 Januari merupakan hari jadi dia, I drew a lil something to celebrate it. You know, just a lil cupcake for a lil cutie like her. :3

Sesiapa yang ada akaun kat deviantArt  boleh fav kat sane ye. :D

Hm. Biarpun dia hanya karakter yang tak real, dan ada orang kate entah apa- apa aku suka nak ship karakter khayalan macam ni sampai macam tu sekali... Aku tak kisah. Sebab aku tahu aku bukan keseorangan. Kalau korang suka Justin  Bieber, apa salah aku untuk suke die? :D

Memang, Justin Bieber wujud di dunia nyata dan Rukia hanya watak khayalan. Tapi minat masing- masingkan? :D

Friday, January 13, 2012

Rainbow

Melakar pelangi selepas hujan. :3
Sesiapa yang ada account deviantArt boleh fav di sane. :3



Feeling Stress?

Especially time exam la kan, Remember, 


Study smart. Not too hard. In the end you shall have a nice treat. :3

Monday, January 9, 2012

Running Man 75

Uh. Dah habis download Running Man 75. Dah habis tengok. Dah siap ulang lagi 100x tu, tapi masih belum habis gelak bila borak dengan orang lain pasal ni. Haha. As always, memang kelakar. Love HaHa oppa so much! Really, we just need + and - to win. Dan jika anda ada masalah dengan math, jangan risau, f(x) a.k.a function akan sedia membantu. So kalau tension nak fikir jawapan math tu dan rasa dah sakit mata pandang formula yang berbelit- belit tu, rehat sebentar dan dengarlah lagu di bawah. Mesti mata terbuka luas. Mata jelah kan. Minda tu tak tahu la pulak...

Friday, January 6, 2012

lol. Final Exam.

Pernah tak korang ade perasaan macam.... Fuh. Mujur aku tak study. Sbb kalau study beria- ria, yang masuk exam cuma ciput nak mampus. Wat sakit hati. Hafal macam nak mati. Tak tidur malam. Lepas tu ape yg korang hafal utk sem ni, korang kene hafal beria balik utk 2, 3 sem depan, sebab subjek yg korang ambil lebih kurang macam subjek 2, 3 sem lepas. Tp korang dah lupa. Nak buat macam mana. xD

Zaman sekarang ramai student baca buku, hafal sebab nak exam. Lepas tu senang2 dapat A. Pointer tinggi. Tapi aku bukan jenis orang yg senang2, baca, study, boleh hafal utk exam. Aku tak. Aku kena pergi kelas, buat eksperimen bagai, praktikal, baru aku boleh ingat. Kalau aku ponteng 1 kelas, aku akan FAIL bab tu. Seriously. Sbb aku bacelah macam mane pun nota tu, susah gile nak hafal. Masuk mata kiri, keluar mata kanan.

Lepas tu kalau lecturer bagi soalan fakta aku memang SUSAH sangat nak jawab dengan tepat. Sbb aku pelupa. Tu pasal aku suka soalan aplikasi. Biar orang kata soalan camtu susah, tapi bagi aku lagi senang aku nak goreng. Yang penting, kau faham dan tahu bahan yang macam mana yang kau perlu guna untuk dapatkan sesuatu rasa itu.. Paham maksud aku?

Wednesday, January 4, 2012

Zirafah :D

Salah seorang adik aku nama dia Zafirah. Kadang- kadang kitorang panggil dia Zirafah or Kirin (kirin = zirafah dalam bahasa Jepun). :3

Comel tak saya? XD

Monday, January 2, 2012

Hi world.

Oh. Dah masuk 2012! Dah berpuluh emel dan beberape bijik blog daku pernah buat sejak hari pertama daku mengenali kekasih hati bernama internet berbelas tahun lepas. Masa tu Window 95 ke 98 entah. Tapi 1 blog pun tak pernah tahan lama. Mungkin sebab daku tak reti nak tulis ape. Tapi kali ni daku nak try lagi. Nak buat blog berbentuk lukisan pulak kot. Mungkin boleh bertahan sebab dari satu2 lukisan, ade jugak idea yang boleh daku curahkan. Yelah, daku bukan seorang yang pandai menyusun kata- kata dengan mudahnya macam orang lain... Kecuali time nak goreng jawapan untuk jawab soalan exam. Yang tu daku memang pro. Masa lain, kering otak nak menulis. :D