Monday, January 16, 2012

Malaysia dan Indonesia

Ni aku lukis khas untuk seorang kawan aku dari Indonesia.

Malaysia dan Indonesia. Aku pun tak faham ape masalah nak gaduh besar2... Kalau tengok dekat komen2 di YouTube, masing2 tak nak beralah. Indo kata kita ciplak diorang punya budaya lah, itulah, inilah. Orang Malaysia pulak pantang digertak, terus nak naik angin. Memang, sakit hati bila pihak lain tuduh bukan2. Tapi patut ke memaki hamun balik?


Yang mana neutral tu, aku memang respek. Lagi2 bila pihak yang neutral tu orang Indo. Tapi bila tengok orang Malaysia keluarkan bahasa2 kesat, memaki hamun orang2 di Indonesia sebab nak lawan balik, sumpah aku MALU gila tak tau nak sorok muka mana.

Aku tahu, tak semua rakyat kita macam tu, tapi kerana nila setitik, rosak susu sebelanga beb. Ada sesetengah orang Indo yang aku jumpa memang terus banned aku bila dapat tahu aku ni dari Malaysia. Padahal baru tanya khabar. Haish. 

Tapi ada juga yang aku jumpa ok.

Seriously. Contohnya ada seorang kenalan aku... Dia mengaku memang tarian, angklung, etc2, tu dari tempat mereka dan dia marah juga bila Malaysia mengaku tu budaya kita. Dia ni siap join benda2 seni budaya di Indonesia tapi kawan2 sebaya dia fikir dia agak kolot. Yelah, sekarang kan zaman moden. Ada lagi ke orang main benda nenek moyang tu... 

Dia cakap, selama ni kerajaan Indonesia sendiri memang tak pernah nak ambil peduli sangat untuk menaikkan martabat seni budaya mereka. Takde pun yang naikkan nama angklung di pentas dunia. Tapi bila Malaysia naikkan nama seni budaya yang asalnya  dari sana, mereka mulalah nak protes itu ini. Padahal sbb Malaysia lah benda tu femes. Kalau tak mana ada orang nak kenal angklung. Apa fungsi negara kaya dengan budaya tapi kekayaan tu disimpan dan disorok? Well, lebih kurang gitu la dialognya...

Apa- apapun, nasihat aku, 

"Treat people like the way you wanted to be treated"
Definisi aku: Kalau korang suka sumpah seranah orang, korang tak layak untuk marah bila satu hari, ada orang maki hamun kau. Kalau korang suka mengumpat orang, jangan terasa hati bila satu hari ko dapat tahu ade orang lain mengata belakang kau... Faham maksud aku?








No comments:

Post a Comment